Sunday, June 27, 2010

HIDUP LUAR BIASA


SALAM UKHUWWAH

1. Minggu lalu, ditemani beberapa orang teman, saya berkesempatan mengikuti Bengkel Hidup Luar biasa, bimbingan Dr Azizan Osman , yang diadakan di Alor Setar. Belum pernah saya mengikuti sebarang program di bawah kendalian beliau sebelum ini. Penampilannya beberapa minit dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV 9, sebelum ini, telah memberikan kesan pada diri serta mendorong minat saya bagi mengikuti program yang dianjurkan beliau kali ini. Pakar motivasilah katakan, tentu sahaja tutur bicaranya menyakinkan dan seni mempengaruhinya cukup hebat.

2. Mesej utama yang hendak disampaikan dalam bengkel itu adalah bermaudukkan HIDUP LUAR BIASA. Barangkali kali bagi seorang tokoh agama, bicaranya sudah dapat dijangka. Topik “Hidup Luarbiasa” itu akan dikupas dari aspek keunggulan aqidah, ketinggian ilmu, kehebatan berhujah, kemurniaan akhlaq Islam, kesungguhan berjihad, kehebatan beribadah dan selainnya. Qudwahnya pastinyalah adalah pada diri Rasullullah dan generasi sahabat baginda (generasi Al-Quran yang unik).

3. Fikir saya, apa pula sisi yang mahu disentuh oleh Dr Azizan Osman kali ini agar sentuhannya punya kelainan. Seperti yang dijangkakan perkongsiannya memang biasa-biasa sahaja. Banyak berkisar tentang niat dan doa, tentang kepentingan ilmu, tentang kemestian membina impian (goal setting), tentang keyakinan kepada pertolongan Allah, tentang pentingnya ada mentor yang berjaya (qudwah hasanah), tentang keperluan mempunyai sistem untuk berjaya (marketing and networking), dan memiliki kemahuan untuk segera bertindak (effective action). Katanya inilah modal besar untuk melakar kejayaan. Namun katanya lagi dari tips yang biasa-biasa inilah yang mengubah hidupnya menjadi luar biasa (ilmu dan kekayaannya) pada hari ini. (Doa saya semoga hidup beliau luar biasa juga kemuliannya di sisi Allah. )

4. Jelaslah , rupanya yang akan menjadikan hidup kita luar biasa kejayaannya adalah usaha dan tindakan kita untuk berjaya. Benarlah bak kata bijak pandai, kejayaan yang luar biasa itu dicipta oleh orang biasa yang berusaha secara luar biasa (work hard and work smart).

5. Bagi saya walaupun majoriti yang hadir dalam bengkel itu, akan menggunakan tips dari Dr Azizan Osman itu untuk menjana kekayaan harta, berjaya dalam perniagaan yang diceburi, atau keluar dari lingkaran hutang yang melemaskan, namun kalau tips yang sama diaplikasikan dalam gerakerja dakwah dan politik Islam, malah apa jua bidang sekalipun, kejayaan hebat dan luarbiasa akan juga tercipta. Justeru tepuk dada tanyalah iman. Hidup luar biasa yang bagaimanakah yang diinginkan?..........

3 comments:

  1. Saya belum lagi berkesempatan menghadiri kursus Dr Azizan, tapi dari motto yang terdapat pada laman webnya, saya pun bertindak luarbiasa membangunkan sebuah sistem luarbiasa untuk sesiapa yang dah mengikuti seminar luar biasa Dr Azizan.

    Marilah sama-sama kita mengorak langkah menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Tahniah tuan kerana terbuka untuk melihat adaptasi cara berdakwah yang berbeza yang cuba saya sampaikan. Kejayaan di dunia dan di akhirat sesungguhnya perlu berasaskan ilmu, iman, mentor dan sistem yang luar biasa sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tetapi saya cuba untuk mengadaptasikan metodologi atau kaedah menyampaikan mesej dengan pendekatan yang selesa untuk mudah mendekati semua orang.

    Sekiranya tuan berkesempatan, hadirlah ke program baru saya yang akan dilancarkan selepas hari raya insya-Allah. Tuan akan melihat bagaimana untuk market diri sendiri, berdakwah atau untuk menarik orang kepada kita dengan mudah. wallahu a'alam. dr.azizan osman- search FB "Alumni atau bakal alumni program dr azizan osman"

    ReplyDelete
  3. Hidup Luar Biasa....Untuk hidup berjaya kita perlu memikirkan sesuatu yg di luar kotak fikiran kita baru lah kita menjadi seorang luar biasa dan berjaya .

    ReplyDelete