Wednesday, July 7, 2010

MENILAI KONTRAK HIDUP


Salam perjuangan.

1. Mutakhir ini saya sudah beberapa kali berkesempatan menontoni siri-siri Rancangan Halaqah Sentuhan Qalbu (TV9). Saya turut berpandangan bahawa ianya adalah antara contoh rancangan yang baik untuk ditontoni oleh semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat Islam di Malaysia. Penampilan dan pengisian sebeginilah yang sebenarnya dinantikan , ditagihkan serta didambakan oleh pencari dan pencinta kebenaran selama ini. Jiwa seringkali rasa terkesan, terbangun dan tersedar setiap kali menontoninya. Terasa diri benar-benar dibantu untuk mampu memahami makna diri dan erti kontrak (keterikatan) pada sebuah kehidupan yang sebenar.

2. Ingatlah bahawa antara terma kontrak (keterikatan) ini adalah pertanggungjawaban kita sebagai khalifah Allah di mukabumi ini (iaitu menjadi duta untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia, menegakkan hukum-hukum Allah dan mentadbir dunia dengannya). Justeru terlintas di fikiran saya, alangkah baiknya kalau kesedaran membangunkan modal insan sebegini, diusahakan secara berterusan serta menjadi ‘goal priority’ (target utama) bagi setiap pemimpin negara yang ada. Sebab itupun adalah sebahagian makna dan terma yang perlu dipenuhi pada kontrak kehidupan kita di dunia. Tentu sahaja akan bahagia rakyat jelata di bawah lembayung kekuasaannya, kerana segala aspek pembangunan insan sentiasa dijaga dan terarah. Baik fizikialnya, mentalnya dan rohaninya. Tenanglah nanti hidup rakyatnya , lantaran segala elemen dan keperluan yang bersangkutan pada insan tidak lagi akan terbiar dan dibiarkan. Malah jauh lebih mendasar apabila iman rakyatnya tidak lagi tandus kerana sentiasa disirami dengan siraman iman dan dibajai dengan bimbingan agama oleh pemimpin negara. Namun masihkah ada asa pada pemimpin negara yang ada pada hari ini?. Atau bermimpikah kita di siang hari?.

3. Barangkali inilah juga mesej besar buat pengamal media yang ada. Biar selepas ini akan meneguh keazaman kita untuk melihat segala kebaikkan serta kebahagiaan ditimba sebanyakkan melalui kita dan media kita. Jadikanlah diri kita dan media kita sebagai wadah islahulkhair (agen pembaikan) itu. Ingatlah sabdaan Rasullullah bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat pada manusia lainnya. Jangan pula sebaliknya. Kerana nantinya rakyat yang akhirnya merana dan sengsara. Tidak sekadar di dunia sahaja malah berpanjangan pula di akhirat.

4. Justeru inilah cabaran besar pada orang media sebenarnya. Sekiranya kita berjaya membimbing rakyat jelata menjadi baik melalui media, bermakna berjayalah saudara berperanan sebagai khalifah Allah di bidang saudara. Kalau saudara gagal memanfaatkan ruang yang ada, maka gagallah saudara untuk berperanan sebaiknya sebagai khalifahNya.Fahamlah kita bahawa rupanya masih banyak lagi terma dalam kontrak kehidupan antara kita dengan Allah, yang gagal difahami, dihayati malah dilanggari setiap masa. Maka bersegeralah kita berdampingan dengan majlis ilmu dan para alim ulama agar kontrak antara kita dengan Allah benar-benar difahami dan dipelihara. Akhirnya akan terpelihara jugalah kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka Allah. AMIN!!

3 comments:

  1. Apa agama pemimpin begitulah agama rakyatnya...apa kelakuan rakyatnya mengambarkan kelakuan pemimpinnya.

    Wallahhua'aklam

    ReplyDelete
  2. apa yg dilakukan oleh ketuanya...itulah yg akan dilakukan oleh pengikutnya.....rasuah, putar belit dll....

    ReplyDelete
  3. tahniah...atas kecemerlangan sekolah anda dlm mendidik anak2 murid.....tahniah juga kerana berjaya melahirkan guru yg stres dan tidak berprikemanusiaan (menyiksa fizikal murid thn 1 sampai meninggal)umpama ia penyambung tangan anda sendiri...ingat...anda juga ada anak2..cukupkah air mata keluarga anda utk jika hal ini terjadi keatas anak2 anda...jgn slalu memandang ke langit..pandanglah ke bumi...jgn lupa hukum karma tuhan...

    ReplyDelete