Monday, May 24, 2010

ISU JUDI BOLA: BERJERUBUKAH FIKRAH KITA?


SALAM JIHAD

1. Akhbar Sinar Harian pada tiga hari yang lalu telah menyiarkan reaksi terbaru Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin, berkaitan isu lesen judi bola yang diluluskan oleh pihak kerajaan. Kata beliau, kerajaan sedang mempertimbangkan isu berkenaan (untuk meneruskan ataupun tidak pemberian lesen judi bola) dan sedang melihat reaksi rakyat (samada majoriti rakyat bersetuju atau membantah) terhadap keputusan dan tindakan kerajaan itu.

2. Pada hemat saya, situasi kini bukan sahaja memberi peluang kepada kerajaan untuk menilai ‘mood’ dan reaksi rakyat, malah rakyat juga turut berpeluang untuk menilai tahap kecelikkan agama, tahap kefahaman Islam serta tahap kemahuan politik (political will) setiap pimpinan negara ketika ini.Celikkah mereka dengan ajaran dan tuntutan Islam?. Fahamkah mereka akan kewajiban yang mesti ditunaikan sebagai pemimpin sesebuah negara?. Adakah wujud keinginan dan kesungguhan politik dalam diri mereka bagi mendaulatkan Islam di dalam negara Malaysia yang tercinta ini?.

3. Sepatutnya dalam isu judi ini, pemimpin negara lebih mudahlah untuk memahami akan keperluannya, mahu di’halalkan’judi ataupun tidak.Sewajarnya mereka lebih arif, akan penolakkannya di sisi agama dan rakyat jelata. Kalau sekadar bersandarkan 2 hujah ini pun sudah cukup memadai untuk membantu:

Pertama: Judi adalah perkara yang diharamkan secara qat’ie (jelas) di dalam Islam.

Kedua: Tidak ada suatu agama dan bangsa pun di dunia ini yang mengiktiraf judi sebagai amalan dan budaya yang baik dan bermanfaat kepada manusia.


4. Baik apapun agama dan bangsanya, semuanya tidak boleh menerima budaya judi ini. Tidak mahu dan tidak rela dikaitkan budaya dan agama mereka, dengan budaya buruk ini. Budaya yang kemudiannya meneteskan pula rangkaian budaya-budaya negatif yang lain. Budaya samseng (menekan, menipu, memeras ugut,membunuh), budaya mencuri, budaya suka meminjam, sikap malas bekerja, sikap bergantung nasib tanpa berusaha dan sebagainya. Apabila budaya-budaya negatif berakar umbi pastinya akan rosaklah pula sistem nilai dalam kehidupan bermasyarakat. Aqal manusia pun turut di ‘mandom’kan dek judi ini. Budaya berfikir umat akan bertambah gersang kerana judi menyediakan ‘jalan pintas untuk berjaya’. Tak perlu lagi memerah otak dan berusaha keras untuk berjaya.

5. Kriteria seorang pemimpin yang baik, sepatutnya lebih lekas faham dan cepat bertindak untuk menyelematkan rakyatnya daripada terjurumus dalam sebarang kerosakan dan kehancuran. Sentiasa merancang dan bekerja untuk selamatkan rakyat bukannya menghancurkan rakyat. Barulah ada izzah dan karisme dalam pimpinannya. Agama pula dijadikan rujukan serta neraca pertimbangan utama untuk menilai sesuatu perkara, Justeru, seseorang peminpin mestilah celik aqalnya agar tahu antara baik atau buruk, halal atau haram, ma’ruf atau mungkar, untung atau rugi, boros atau jimat, utama atau rantingan , dahulu atau kemudian, baik atau jahat, dan sebagainya. Barulah terserlah upaya dan daya kepimpinannya.


6. Dalam isu lesen judi bola ini, sepatutnya seorang pemimpin tidak perlu melihat reaksi rakyat terlebih dahulu. Yang perlu ditunggu bukannya reaksi rakyat tetapi reaksi agama (Islam) pada aspek hukumnya. Yang diharamkan agama, difatwakan haram. Yang dihalalkan agama, dikatakan halal. Bukan sebaliknya. Kalau beginilah kejerubuan fikrah yang ada pada hari ini, tak bimbangkah kita pada nasib anak cucu yang mendatang….SELAMATKAH AQIDAH, AKHLAQ DAN FIKRAH MEREKA??.

7. Jumpa nanti di demontrasi anti judi bola di Masjid Putra, Kangar nanti(28 Mei 2010). Biar kali ini isyarat dan kemahuan rakyat difahami oleh pemimpin negara yang ada. Nyatakan sokongan saudara, katakan tidak pada JUDI!!

3 comments:

  1. anda memang bodoh.
    anda kata umno bercakar utk bersatu....tapi lihat lah apa yang anda buat..lebih terok drp umno...anda ibarat api dalam sekam....mendedahkan pekong kpd tatapan umum...utk apa?!!!!

    utk kepuasan jiwa anda yg telah terpesong jauh drp landasan.

    kalau anda waras dan beriman - pergilah berjumpa dgn Pesuruhjaya dan kepimpinan PAS Perlis dan beritahulah apa yang anda hendak katakan. BUkannya dgn mengetuk pintu fitnah di alam siber.

    Moga Allah ampunkan anda!

    May 26, 2010 8:54 PM

    Anonymous said...
    Salam. Kita bukan tok nujum dan bukan Tuhan. Kita hanya buat ramalan . Adakala betul adakala tak betul.Memang dari segi sokongan nampak lemah...tak bermakna kalah.Yang bertelagah tak semesti kalah dan tak pasti menang. Tapi angin perubahan semakin cerah.

    May 26, 2010 11:16 PM

    Anonymous said...
    Ada yg jd b***a ni, tukang lapor bila mai program, time usrah paling byk bg komen.

    May 26, 2010 11:18 PM

    ReplyDelete
  2. publishkan komen dr blog lain ke sini hanya sekadar menambahkan kekeruhan daripada menjernihkan.adakah ia isti'jal atau simpati atau empati?

    KEMBALILAH KE JIWA ISLAM & HARAKI.

    ReplyDelete
  3. saya sokong kata2 otak berjerebu....tuan punya blog ini kdg2 selalu mengaku alim,beriman,suci,bijak pandai, dll....tapi hakikatnya sangat hipokrit dan lbh teruk dari UMNO.....hidup hanya berlakunkan dgn jubah putih..tapi sebenarnya api dalam sekam...padi akan terbakar lama kelamaan..lihatlah nnti..natijah kehncuran pas perlis akibat perbuatan dia.....

    ReplyDelete